Ahad, 21 April 2013

ustaz dr. Muhammad El-muhammady



 Assalamualaikum..
Pada 25 mac 2013 yang lalu, kita telah kehilangan sebutir permata tanah air, seorang ilmuwan, ulama, pendakwah dan tokoh terulung tanah air. Beliau amat di kagumi dan di hormati baik dalam negara dan luar negara. Di kesempatan ini,saya dan  keluarga,  mengucapkan takziah dan memunajatkan doa kepada Allah S.W.T agar beliau di tempatkan di kalangan para syuhada, para solihin, para sahabat dan orang-orang beriman..amin.

Biodata Ringkas Ustaz Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943
Bermula pendidikannya dengan bersekolah Melayu, kemudian memasuki Special Malay Class tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau  Sultan Ismail Collegehingga ke Tingkatan 5.  Beliau kemudiannya mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.
Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masasebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.
Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam:
·        Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
·        Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
·        Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya
Beliau banyak menunjukkan minat untuk mengetengahkan Nusantara sebagai rantau Sunni yang perlu dipertahankan keSunniannya demi menjaga kebenaran akidah dan demi mengawal sifat homogennya untuk keselamatan dan pembinaan ummat.
Pada tahun-tahun 60an, Ustaz ‘Uthman memimpin majalah “al-Nur”, sebuah terbitan Pertubuhan al-Rahmaniah dan menulis makalah-makalah di dalamnya.  Beliau menjadi Presiden pertubuhan tersebut hingga ke tahun 1968.
Beliau banyak menulis serta membentang kertas-kertas kerja dalam seminar-seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa tentang Islam dari segi akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah.  Beliau juga telah menterjemah buku-buku dari bahasa Arab dan Inggeris selain daripada tulisan-tulisan asli.
Ustaz ‘Uthman dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (Distinguished Fellow of IKIM) Kuala Lumpur semenjak tahun 1995 sehingga sekarang.
Beliau juga menjadi ahli dewan redaksi majallah Pengasuh keluaran Majlis Agama Islam Kelantan.
Beliau juga menjadi salah seorang ahli jamaah Pemegang Amanah Yayasan Karyawan Kuala Lumpur.
Beliau pernah dilantik sebagai Pakar Perunding Agama bagi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu.
Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh alm Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
Fathul Muin, terjemahan dan Huraian Maksud, terbitan Majlis Ugama islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
Peradaban dalam Islam terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
Memahami Islam terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
Islam dan Kebudayaan risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Selasa, 19 Mac 2013

SWEATER


SWEATER # 2059-32 GUESS  NEW

RED

BLACK

GREY

SIZE :9.12.18.24M.3Y.4Y




GUESS SKIRT



 #237 GUESS SKIRT WITH BELT
  SIZE 12-6YRS
   RM 40.00

T-SHIRT GUESS

#2062 GUESS TOP BLUE GREEN

#2062 GUESS TOP BLU RED



ROMPER

ROMPER JOHOR SOUTHERN TIGERS KHAS UNTUK PEMINAT JOHOR DARUL TAKZIM
SIZE 3-6M, 6-9M , 12M
RM 15




LA COSTE

        KAIN BERKUALITI DAN SEJUK.SESUAI UNTUK ANAK PEREMPUAN ANDA YANG SUKA BERGAYA. SIZE S,M,L


                                                          #6070  LA COSTE DRESS PINK
#6070  LA COSTE DRESS RED

NEW ARRIVAL

KEMEJA GUESS FOR BOY

SIZE 6BLN - 3TAHUN

GUESS CHECKER  B166 BLUE
GUESS CHECKER B166 DARK BLUE RED

GUESS CHECKER B166 COOL GREEN
GUESS CHECKER B168  BLUE
GUESS CHECKER B168  DARK BLUE


PEMPLUM

KOLEKSI PEMPLUM DARI CINTAHATIRAYYAN
HARGA YANG BERPATUTAN DAN KAIN BERKUALITI



PERKHIDMATAN KAMI


SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI,.
CINTAHATIRAYYAN menyediakan perniagaan menjual secara runcit/borong dan juga sedia memberi tunjuk ajar serta membantu untuk menjadi usahawan dalam internet.
Kami menjual pakaian kanak-kanak dari umur 3bulan sehingga ke 7tahun dan dengan barangan berkualiti berjenama dengan harga yang berpatutan. Di samping itu kami juga menyediakan baju-baju PEMPLUM dan  skirt khas untuk kaum wanita yang ingin bergaya. Penghantaran di jamin, anda juga boleh melayari page kami http://www.facebook.com/CintaHatiRayYan.

Untuk membuat pesanan dan urusan jual/beli sila

  • WASSAP di( 0177546770) 
  • PM or MSG di page  FB CINTAHATIRAYYAN
  • SMS or CALL ( 014-2170443)
  • EMAIL eg6_wan@yahoo.com
Sertakan nama item,link item dan kod item jika ada,size, kuantiti dan warna untuk kami mebuat semakan stok. Selepas selesai urusan tempahan dan urusan jual beli, Sila nyatakan nama, alamat, nombor telefon, kuantiti barangan,nama item dan maklumat pembayaran( tarikh, masa, jumlah pembayaran, bank dan transfer atau bank in). 





Khamis, 7 Mac 2013

PAJAMAS NEW

PAJAMAS
STOCK BARU SAMPAI, CALL, PM OR WASSAP 

PRICE: RM25

DAPATKAN KOLEKSI-KOLEKSI INI DENGAN HARGA ISTIMEWA DAN BORONG

Selasa, 5 Mac 2013

Apa kaitan Suruhanjaya Cobbold dengan Sabah dan Sarawak


Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

Tindakan Parti Brunei

Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.
A.M AZAHARI


Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut. Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang.


Konfrontasi Indonesia

Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethologically and geographically very close to the others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDO

Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman. Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia. Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.
                                                      GAGASAN MAPHILINDO


Apa yang terkandung dalam Suruhanjaya Cobbold dan peranannya untuk Sabah dan Sarawak?

Suruhanjaya Cobbold ialah satu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama mengerusinya, Lord Cobbold.

Ahli suruhanjaya
o Lord Cobbold
o Sir Anthony Abell
o Sir David Watherston
o Mohd. Ghazali bin Shafie
o Wong Pow Nee

Bidang Tugas
o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia
o Menilai kesemua pandangan yang diberi
o Membuat syor-syor yang bersesuaian

Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu
a. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat percantuman
b. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak. Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:
a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”
b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri
c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar agama dan imigresen
d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak
e. Kedudukan bumiputera dikekalkan.
f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut.
Tuan Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan Sabah di Padang Merdeka 47 tahun yang lalu

ISTANA SULTAN SULU


Inilah dia istana Sultan Sulu yang kononnya ada hati menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan mereka..