Assalamualaikum..
Pada 25 mac 2013 yang lalu, kita telah kehilangan sebutir permata tanah air, seorang ilmuwan, ulama, pendakwah dan tokoh terulung tanah air. Beliau amat di kagumi dan di hormati baik dalam negara dan luar negara. Di kesempatan ini,saya dan keluarga, mengucapkan takziah dan memunajatkan doa kepada Allah S.W.T agar beliau di tempatkan di kalangan para syuhada, para solihin, para sahabat dan orang-orang beriman..amin.
Biodata Ringkas Ustaz Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota
Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943
Bermula pendidikannya dengan bersekolah Melayu, kemudian
memasuki “Special Malay Class” tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail,
yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau “ Sultan Ismail College” hingga ke
Tingkatan 5. Beliau kemudiannya mengambil Higher School Certificate (HSC)
di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.
Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur
dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi
tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke
tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masasebagai
seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.
Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan
Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan
penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam:
·
Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
·
Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
·
Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya
Beliau banyak menunjukkan minat untuk mengetengahkan Nusantara
sebagai rantau Sunni yang perlu dipertahankan keSunniannya demi menjaga
kebenaran akidah dan demi mengawal sifat homogennya untuk keselamatan dan
pembinaan ummat.
Pada tahun-tahun 60an, Ustaz ‘Uthman memimpin majalah “al-Nur”,
sebuah terbitan Pertubuhan al-Rahmaniah dan menulis makalah-makalah di
dalamnya. Beliau menjadi Presiden pertubuhan tersebut hingga ke tahun
1968.
Beliau banyak menulis serta membentang kertas-kertas kerja dalam
seminar-seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa tentang Islam dari segi
akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah. Beliau juga telah
menterjemah buku-buku dari bahasa Arab dan Inggeris selain daripada
tulisan-tulisan asli.
Ustaz ‘Uthman dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut
Kefahaman Islam Malaysia (“Distinguished Fellow” of IKIM) Kuala Lumpur semenjak tahun
1995 sehingga sekarang.
Beliau juga menjadi ahli dewan redaksi majallah “Pengasuh” keluaran Majlis
Agama Islam Kelantan.
Beliau juga menjadi salah seorang ahli jamaah Pemegang Amanah
Yayasan Karyawan Kuala Lumpur.
Beliau pernah dilantik sebagai Pakar Perunding Agama bagi
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu.
Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat
dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota
Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.
Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan
huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh alm Abdullah Yusuf Ali, keluaran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
“Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis
Ugama islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
“Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota
Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
“Memahami Islam“ terbitan Pustaka Aman Press, Kota
Bharu, Kelantan, 1977.
“Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis
Ugama Islam Kelantan, 1987.
“Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan
pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.