Selasa, 19 Mac 2013

SWEATER


SWEATER # 2059-32 GUESS  NEW

RED

BLACK

GREY

SIZE :9.12.18.24M.3Y.4Y




GUESS SKIRT



 #237 GUESS SKIRT WITH BELT
  SIZE 12-6YRS
   RM 40.00

T-SHIRT GUESS

#2062 GUESS TOP BLUE GREEN

#2062 GUESS TOP BLU RED



ROMPER

ROMPER JOHOR SOUTHERN TIGERS KHAS UNTUK PEMINAT JOHOR DARUL TAKZIM
SIZE 3-6M, 6-9M , 12M
RM 15




LA COSTE

        KAIN BERKUALITI DAN SEJUK.SESUAI UNTUK ANAK PEREMPUAN ANDA YANG SUKA BERGAYA. SIZE S,M,L


                                                          #6070  LA COSTE DRESS PINK
#6070  LA COSTE DRESS RED

NEW ARRIVAL

KEMEJA GUESS FOR BOY

SIZE 6BLN - 3TAHUN

GUESS CHECKER  B166 BLUE
GUESS CHECKER B166 DARK BLUE RED

GUESS CHECKER B166 COOL GREEN
GUESS CHECKER B168  BLUE
GUESS CHECKER B168  DARK BLUE


PEMPLUM

KOLEKSI PEMPLUM DARI CINTAHATIRAYYAN
HARGA YANG BERPATUTAN DAN KAIN BERKUALITI



PERKHIDMATAN KAMI


SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI,.
CINTAHATIRAYYAN menyediakan perniagaan menjual secara runcit/borong dan juga sedia memberi tunjuk ajar serta membantu untuk menjadi usahawan dalam internet.
Kami menjual pakaian kanak-kanak dari umur 3bulan sehingga ke 7tahun dan dengan barangan berkualiti berjenama dengan harga yang berpatutan. Di samping itu kami juga menyediakan baju-baju PEMPLUM dan  skirt khas untuk kaum wanita yang ingin bergaya. Penghantaran di jamin, anda juga boleh melayari page kami http://www.facebook.com/CintaHatiRayYan.

Untuk membuat pesanan dan urusan jual/beli sila

  • WASSAP di( 0177546770) 
  • PM or MSG di page  FB CINTAHATIRAYYAN
  • SMS or CALL ( 014-2170443)
  • EMAIL eg6_wan@yahoo.com
Sertakan nama item,link item dan kod item jika ada,size, kuantiti dan warna untuk kami mebuat semakan stok. Selepas selesai urusan tempahan dan urusan jual beli, Sila nyatakan nama, alamat, nombor telefon, kuantiti barangan,nama item dan maklumat pembayaran( tarikh, masa, jumlah pembayaran, bank dan transfer atau bank in). 





Khamis, 7 Mac 2013

PAJAMAS NEW

PAJAMAS
STOCK BARU SAMPAI, CALL, PM OR WASSAP 

PRICE: RM25

DAPATKAN KOLEKSI-KOLEKSI INI DENGAN HARGA ISTIMEWA DAN BORONG

Selasa, 5 Mac 2013

Apa kaitan Suruhanjaya Cobbold dengan Sabah dan Sarawak


Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

Tindakan Parti Brunei

Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.
A.M AZAHARI


Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut. Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang.


Konfrontasi Indonesia

Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethologically and geographically very close to the others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDO

Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman. Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia. Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.
                                                      GAGASAN MAPHILINDO


Apa yang terkandung dalam Suruhanjaya Cobbold dan peranannya untuk Sabah dan Sarawak?

Suruhanjaya Cobbold ialah satu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama mengerusinya, Lord Cobbold.

Ahli suruhanjaya
o Lord Cobbold
o Sir Anthony Abell
o Sir David Watherston
o Mohd. Ghazali bin Shafie
o Wong Pow Nee

Bidang Tugas
o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia
o Menilai kesemua pandangan yang diberi
o Membuat syor-syor yang bersesuaian

Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu
a. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat percantuman
b. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak. Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:
a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”
b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri
c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar agama dan imigresen
d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak
e. Kedudukan bumiputera dikekalkan.
f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut.
Tuan Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan Sabah di Padang Merdeka 47 tahun yang lalu

ISTANA SULTAN SULU


Inilah dia istana Sultan Sulu yang kononnya ada hati menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan mereka..

Isnin, 4 Mac 2013

HUBUNGAN KESULTANAN SULU DENGAN KESULTANAN MELAYU LAIN

Tambah kapsyen

SULTAN SULU

Ramai yang tak tahu Sultan Sulu telah berpecah kepada dua :

1. Jamalul Kiram III - diangkat oleh Filipina dan US sebagai Sultan sulu meskipun rakyat sulu tidak setuju.

2. Sultan Bantilan II - berjuang menentang Filipina untuk mendirikan Sultaniyah Sulu Darul Islam. Baginda dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya.

Kedua-dua sultan ini akui Sabah milik Kesultanan Sulu. Hanya terdapat satu perbezaan kepada Sultan Bantilan II iaitu baginda rela Sabah 'dijaga' oleh Malaysia yang seagama dengan baginda. Lantara itu, Sultan Bantilan II telah mengeluarkan titah supaya rakyat Sulu yang berkerja di Sabah tidak bersama Jamallul Kiram III angkat senjata di Sabah.

#PRAY 4 SABAH


Ahad, 3 Mac 2013

SIAPAKAH PENCEROBOH DI LAHAD DATU?

 Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.

Kronologi:

- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang  berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.

PBMM Sultan SSDI


- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.

- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang  katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.



Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan mereka makanan.


- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.



Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu. Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.

KESULTANAN SULU

KESULTANAN SULU

KEMUNCULAN SEMULA BANGSA SULUG @ TAUSUG@MORO


Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI) semalam berkata 
"Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka"
(perbualan penulis dengan Habib Rizieq malam tadi melalui telefon jam 11 pm, dengan bantuan saudara kami Tengku SHAHIR Al-Qadahi -21 Februari 2013).



Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.


Rajah A2

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.


Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.



Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?


Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.