KALKULATOR DUNIA DAN AKHIRAT ITU BERBEZA
Salam 1 malaysia, alhamdullillah, bersyukur kehadrat ilahi, dapat saya menyiapkan satu lagi catatan untuk kita renungkan sejenak. Dunia sekarang makin pantas berlalu, 1tahun di umpamakan 1bulan, 1bulan diumpamakan 1minggu, 1minggu di umpamakan 1hari... adakah kita semua terasa perubahan i ini. Dulu, kalau hendak tunggu setahun, punyalah lama. Tapi sekarang sekejap dah masuk tahun 2013. Tapi mungkin ada yang terbuai di alam dunia yang begitu membuaikan sampai terlupa bahawa waktu makin cepat berlalu dan menuntut kita supaya berfikir bahawa alam akhirat hampir tiba.
Datuk Datin, Tuan Puan, Abang dan Kakak, kita ni sebenarnya murah hati, baik hati, tapi kadang-kadang busybody. Haa..jangan marah, itulah kenyataan kita sebagai manusia. Kalau busybody menentang maksiat, takpa la jugak, ini busybody nak ngumpat orang. Bertaubatlah manusia sekalian. Kita ni sekejap je dekat dunia ni. Kalau kira kalkulator dunia memang terasa lama, cuba kira menggunakan kalkulator yang ada kat kita. Contoh kita hidup dekat dunia ni paling lama pun 100 tahun, purata bagi seorang wanita umurnya 80 tahun, manakala bagi lelaki 75 tahun. Orang yang sampai 100 tahun begitu jarang untuk ditemui dikalangan kita.
1 HARI (akhirat) =1000 TAHUN (dunia)
*jika hidup 100 tahun, maka kiraanya
100/1000 x 24 = 2 JAM 40 MINIT (akhirat kita hidup)
Nak tahu formula tak. 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia seperti mana diberitakan melalui hadis-hadis dan kata ulamak. Berdasarkan nisbah ataupun ratio perkiraan matematik. Kita hanya hidup 2 jam 40 minit sahaja mengikut perkiraan hari akhirat. Sangat singkat dan sekejapnya kita berada di dunia ini. Tolak makan, tolak minum, tolak aktiviti , tolak tidur, tolak bual-bual, hanya berapa jam sahaja kita memperuntukkan untuk berbuat amal. Itu belum tolak buat maksiat (nauzubillah min zalik). Jadi apa yang patut kita buat. First islah atau perbaiki diri kita balik. Sekurang-kurangnya perbuatan kita sekarang lebih baik daripada perbuatan kita sesaat yang lepas.
Saudari dan saudara yang dirahmati ALLAH, ayuh mari kita bangkit membuat amal sebanyak mungkin. Mulakan yang mudah dan simple, tidak semestinya kena pegang pedang dan pistol untuk kita berperang. Mulakan jihad kita dengan benda yang boleh beri manfaat kepada kita dan orang lain. Apa contohnya? Haa… cari dekat internet, doa masuk dan keluar tandas. Lepastu taip dekat Microsoft word , kemudian print, liminate (kalau perlu), lepas tu tampal dekat depan pintu tandas. Tuan Puan, kadang-kadang kita banyak amal, kita solat, bagi sedekah, tolong orang, tapi adakah kita pasti semua perkara yang kita buat itu ada keikhlasan disisi ALLAH. Manalah tahu amalan kita tampal doa dekat tandas ini diterima oleh ALLAH dan menjadi sebab kita merasai kenikmatan syurga.
Teringat saya kisah imam Syafie, diberitakan dalam kitab kisasul anbia’ bahawa pada suatu ketika imam Syafie dijemput untuk menghadiri satu ceramah ataupun lebih dikenali pengajian agama di dalam masjid. Ketika beliau menghadiri masjid, semua orang belum hadir. Bahkan persiapan pun belum dibuat. Maka nak tahu apa imam Syafie buat. Beliau menyusun sejadah dan tikar-tikar untuk bersolat. Setelah beberapa minit maka ajk surau pun datang, sementaralah melihat imam besar menyusun sejadah, dengan pantas orang tersebut bertanya. “wahai tuan, kenapa kamu melakukan sebegini, takpa kami ada pekerja untuk menyusun sejadah”. Imam Syafie dengan rasa rendah diri menjawab, “tuan, biarkan saya yang susun kerana saya bimbang, selama ini saya berceramah, mengajar orang, mengeluarkan hukum, saya takut timbul sifat riak dan sombong dalam diri, manalah tahu dengan saya menyusun sejadah ini sahaja diterima ALLAH.” Subhanallah.
Sahabat-sahabat dan rakan-rakan seagamaku, kita kadang-kadang tidak perlu sangat memikirkan perkara yang besar, sedangkan perkara yang kecil itu sudah didepan mata. Takut-takut yang besar tidak diterima, yang kita anggap kecil dan mudah ini yang dipandang besar disisi ALLAH. Ingatlah ALLAH tak pandang banyak mana amalan kamu, tetapi adakah setiap amalan itu mempunyai keikhlasan hanya kepada ALLAH. Jadi ambillah iktibar daripada kisah-kisah orang alim untuk menjadi motivasi pada diri kita. Dalam masa yang sama kena sentiasa berdoa agar setiap amalan kita diterima ALLAH. Amin.
Sebelum saya mengakhiri coretan pada artikel ini. Eloklah kita sama-sama bertekad bahawa, jadikanlah dunia sebagai batu loncatan menuju kebahagian kita diakhirat. Jangan jadikan dunia sebagai bebanan azab kita diakhirat. Perbaiki diri kita, bila lagi kita nak beramal, bila lagi nak jadi orang baik, bila lagi nak tolong orang lain. Masa terus berlalu, jangan biarkan diri kita terus kaku dimasa sekarang disebabkan ditipu oleh masa yang dulu. Yang berlalu biarkan ia pergi, tugas kita menjadi yang lebih baik daripada masa yang telah berlalu. Dulu kita hisap rokok, maka buanglah tabiat itu dimasa ini. Dulu kita tak tutup aurat, maka mulalah menjinakkan diri menutup aurat. Dulu kita selalu buang masa, maka isilah masa anda dengan perkara bermanfaat mulai sakarang.
Sekian dulu daripada saya, mudah-mudahan kita berjumpa di artikel kedua saya. Salah dan silap harap di maafi.Ada serangkap pantun untuk tatapan semua...
Aku manusia yang hina,
Hidup di dunia, siapalah aku?
Hanya menyembah ALLAH yang satu,
Tak kira kita melayu, india ataupun cina,
Jangan buang masa dan juga kaku,
Supaya islam terus bersatu.
Hebat Islam kerana agama-MU,
Menjadi pembimbing hamba-MU ini,
Tujuan hidup, untuk menyembah-MU,
Supaya hidup, terus berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan